Atasi Bau Badan Anda Sekarang

Penjagaan bau badan amat mustahak dalam hidup seharian kita. Elakkan daripada menjadi individu yang tidak peka dengan masalah bau badan.

Walaupun pada zaman sekarang sudah pelbagai produk menghilangkan bau badan dijual, kita juga disaran agar tidak melupakan petua orang zaman dahulu.

Petua ini adalah mengenai tips untuk mengelakkan badan kita berbau. Penjagaan bau badan sangat penting demi menjaga kesihatan dan sebagai satu bentuk keselesaan.

Mari kita lihat petua hilangkan bau badan.

1. Gunakan secawan air suam dan campurkan dengan beberapa kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum 3 kali sehari. Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Petua ini juga dapat mengurangkan masalah bau nafas, ketiak dan masalah keputihan bagi wanita.

2. Gunakan sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau itu di bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan 3 kaliseminggu atau pilihan anda jika ingin melakukan lebih kerap.

InsyaAllah bau badan yang tidak menyenangkan akan berkurangan dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis turut boleh digunakan.

3. Jika ketiak anda berwanrna hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, selepas selesai mandi. Amalkan teknik ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda dirawat.

4. Dapatkan beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras yang digoreng. Bahan-bahan ini mesti ditumbuk halus. Kemudian lapkan di bahagian yang bermasalah (ketiak).

Anda harus lakukan sekerap boleh sehingga bau badan anda tiada lagi. Jika bau badan sudah hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu sekali.

5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat, selepas itu lapkan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan seminggu sekali, semestinya bau badan anda harum dan segar sentiasa.
6. Timun- Selain meredakan bengkak a.k.a sebam pada bijik mata, Timun turut boleh sesangat kalau nak hilangkan bau badan. Cara-caranya, dapatkan sebatang timun lepastu kupas kulit beliau. Tiap kali korang nak mandi tu, tak kiralah mandi sunat hari raya ke mandi wajib ke hape ke kan, gunakan timun tu sapu kat tempat bermasalah tersebut. Lepas sapu tu, biar la dalam lima minit ke nam minit cenggitu, baru bilas dengan air kolah or paip.
Dengan menjaga bau badan, ia semestinya memberikan keselesaan kepada orang yang sedang bersama dengan kita. Jikalau badan kita berbau, sudah tentu orang disekeliling akan berasa tidak selesa apabila mahu berkomunikasi dengan kita.Jika anda mencari tips hilangkan bau badan Teruskan untuk save blog ini dan kongsi bersama rakan yang memerlukan tips ini – http://hilangkanbaubadan.com/ This article is copyright protected.

Author: Kyle Crum